LATIHAN

Latihan 1: Mengenal Pasti Pola Ayat

(a) Wanita itu sedang menari.

(b) Saya tinggal di Taman Melati.

(c) Encik Nazim guru cemerlang Bahasa Melayu.

(d) Suara Susan sungguh merdu.

(e) Kemudahan awam itu untuk kegunaan orang ramai.

(f) Puan Cheah pensyarah di universiti awam.


Latihan 2: Betul/Salah

(a) Murid baharu itu berasal dari Johor. (FN+FS)

Betul/Salah

(b) Tulisan Stephy sangat kemas. (FN+FA)

Betul/Salah

(c) Kami ke Kuantan semalam. (FN+FS)

Betul/Salah

(d) Kerusi itu diperbuat daripada kayu. (FN+FN)

Betul/Salah

(e) Helen mengemas biliknya setiap minggu. (FN+FK)

Betul/Salah

(f) Bapa Kamal seorang polis trafik. (FN+FN)

Betul/Salah


Latihan 3: Lengkapkan Ayat

(a) Pemuda tinggi itu  __________. (FN+FN)

(b) Buah limau ini _________. (FN+FS)

(c) Rumah dua tingkat itu ________. (FN+FA)

(d) Kita perlu __________. (FN+FK)

(e) Pokok rambutan _________. (FN+FK)

(f) Cerita itu _______. (FN+FS)


Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN