JAWAPAN

 

Sila semak jawapan anda setelah melengkapkan uji minda dan latihan.


💡 Uji Minda 1 (FN+FN)

1. Encik Razali guru Matematik.
Subjek : Encik Razali
Predikat : guru Matematik

2. Kawasan itu tapak pembinaan rumah.
Subjek : Kawasan itu
Predikat : tapak pembinaan rumah

3. Wanita itu penyanyi yang terkenal.
Subjek : Wanita itu
Predikat : penyanyi yang terkenal

💡 Uji Minda 2 (FN+FK)

1. Ali dan Raju sedang bermain bola.
Subjek : Ali dan Raju
Predikat : sedang bermain bola

2. Mereka menyiapkan kerja rumah.
Subjek : Mereka
Predikat : menyiapkan kerja rumah

3. Doktor Othman merawat adik saya.
Subjek : Doktor Othman
Predikat : merawat adik saya


💡 Uji Minda 3 (FN+FA)

1. Mak Cik Noriati sangat peramah.
Subjek : Mak Cik Noriati
Predikat : sangat peramah

2. Mereka dimarahi oleh guru.
Subjek : Mereka
Predikat : dimarahi oleh guru

3. Saya berbasikal ke sekolah.
Subjek : Saya
Predikat : berbasikal ke sekolah

💡 Uji Minda 4 (FN+FS)

1. Mereka ke pusat bandar.
Subjek : Mereka
Predikat : ke pusat bandar

2. Hadiah itu untuk ibu.
Subjek : Hadiah itu
Predikat : untuk ibu

3. Buku itu di bilik bacaan.
Subjek : Buku itu
Predikat : di bilik bacaan


Latihan 1: Mengenal Pasti Pola Ayat

(a) Wanita itu sedang menari. FN+FK

(b) Saya tinggal di Taman Melati. FN+FK

(c) Encik Nazim guru cemerlang Bahasa Melayu. FN+FN

(d) Suara Susan sungguh merdu. FN+FA

(e) Kemudahan awam itu untuk kegunaan orang ramai. FN+FS

(f) Puan Cheah pensyarah di universiti awam. FN+FN


Latihan 2: Betul/Salah

(a) Murid baharu itu berasal dari Johor. (FN+FS)

Betul/Salah

(b) Tulisan Stephy sangat kemas. (FN+FA)

Betul/Salah

(c) Kami ke Kuantan semalam. (FN+FS)

Betul/Salah

(d) Kerusi itu diperbuat daripada kayu. (FN+FN)

Betul/Salah

(e) Helen mengemas biliknya setiap minggu. (FN+FK)

Betul/Salah

(f) Bapa Kamal seorang polis trafik. (FN+FN)

Betul/Salah


Latihan 3: Lengkapkan Ayat

(a) Pemuda tinggi itu abang saya. (FN+FN)

(b) Buah limau ini daripada nenek. (FN+FS)

(c) Rumah dua tingkat itu sangat luas. (FN+FA)

(d) Kita perlu mematuhi peraturan sekolah. (FN+FK)

(e) Pokok rambutan ditanam oleh kakak. (FN+FK)

(f) Cerita itu tentang isu masyarakat. (FN+FS)


Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN